TAJUK 4: PENGURUSAN SUMBER

TAJUK 4: PENGURUSAN SUMBER

PENGENALAN

Definisi pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan merupakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stone,1984). Definisi sumber ialah sebarang bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi, pengurusan sumber dapat didefinisikan kepada menyusun, merancang, mengarah dan mengawal sesuatu program yang melibatkan sumber. Dalam aspek pengurusan sumber sesebuah sekolah, semua pihak memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan perjalanan dan sistem yang disediakan dapat berjalan dengan lancar. Aspek ini dapat menolong dan mendorong guru dan murid khususnya dalam menjalani pembelajaran dan pengajaran yang kreatif dan inovatif. Pengurusan sumber ini dapat diaplikasikan di Pusat Sumber Sekolah (PSS).


ISI-ISI PENTING



Peranan PSS adalah untuk menyediakan bahan bacaan yang berkualiti dan diperlukan oleh guru dan murid, memastikan alat-alat dan sumber-sumber yang diperoleh adalah baik dan berkualiti, membuat perancangan untuk aktiviti pusat sumber contohnya, Program Nilam, Program minggu bahasa dan sebagainya serta berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Ciri-ciri pusat sumber yang berkesan juga boleh diaplikasikan di sesebuah PSS. Antaranya, PSS haruslah mempunyai sumber dan koleksi yang sesuai, terkini dan menarik dari segi bahan, khidmar dan sebagainya. Ciri seterusnya adalah dengan pihak sekolah memahami peranan pusat sumber sebagai khidmat bantu kurikulum, guru dan murid mempunyai sikap suka dan senang semasa mengunjungi pusat sumber serta perkhidmatan dan sumber digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, pihak sekolah perlulah mengetahui dan mengenal pengurus pusat sumber atau dikenali sebagai  Guru Perpustakaan dan Media Sekolah, lokasi pusat sumber berada di tempat yang strategik seperti berada di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dikunjungi dan  pusat sumber dapat  menyediakan pelbagai aktiviti dan program. Ciri-ciri PSS yang berkesan ini juga dapat dikelaskan kepada tiga aspek iaitu aktif, lokasi dan koleksi. 



Terdapat 4 jenis koleksi bahan bacaan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS) iaitu fiksyen, bukan fiksyen, bahan terbitan berkala dan bahan khusus. Fiksyen bermaksud karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Ia dapat dikalsifikasikan mengikut bahasa seperti buku fiksyen Melayu, buku fiksyen  Inggeris, buku fiksyen Cina, buku fiksyen Tamil dan buku fiksyen Arab. Jenis bahan bacaan bukan fiksyen terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bukan fiksyen pinjaman dan bukan fiksyen rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman bermaksud buku-buku bukan fiksyen yang diberipinjam kepada pengguna manakala buku bukan fiksyen rujukan bermaksud buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan pinjam oleh pengguna. Contoh buku bukan fiksyen ialah karya am, falsafah, agama , sains kemasyarakatan manakala contoh bagi buku bukan fiksyen rujukan ialah buku rujukan umum, buku rujukan am dan buku rujukan khusus. Bahan terbitan berkala bermaksud bahan yang diterbitkan secara berkala atau bersiri. Bahan-bahan mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Antara contoh bahan terbitan berkala ialah buletin, jurnal, laporan tahunan, risalah, surat khabar dan majalah. Bahan khusus pula bermaksud bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkara atau bidang khusus. Antara contoh bahan khusus ialah buku skrap, karya pelajar, pekeliling, tesis dan kertas seminar.


Akses merupakan proses atau cara memperolehi sesuatu data atau maklumat. Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Terdapat kemahiran yang digariskan untuk memastikan matlamat pembelajaran berasaskan sumber itu tercapai Terdapat 7 kemahiran mengakses sumber pembelajaran iaitu kemahiran mengesan sumber pembelajaran (mendapatkan fakta ringkas dan definisi), kemahiran menganalisis dan menilai informasi dari pelbagai sumber (membaca maklumat yang tersirat), kemahiran menggunakan teknologi (memanfaatkan teknologi yang disediakan di pusat sumber), kemahiran dalam membuat tinjauan mendapatkan maklumat dari pengawas pusat sumber) , kemahiran merujuk (rujuk ke kaunter rujukan yang terdapat di pusat sumber untuk mendapatkan maklumat), kemahiran menganalisis data (mengesan maklumat yang lain dengan menggunakan data yang diperoleh) dan kemahiran menginterpretasi bahan-bahan dari sumber (membuat penjelasan, makna, tafsiran dan pandangan terhadap sumber).


KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan sumber ini terdiri daripada pelbagai jenis sumber yang dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu warga sekolah seperti perpustakaan yang terdapat pelbagai jenis bahan bacaan disediakan. Selain itu, pusat sumber juga mempunyai peranan yang tersendiri bagi melancarkan organisasi PSS seperti menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk warga sekolah dan menyediakan program-program yang bermanfaat.


RUJUKAN

Abdul Razak Bin Idris & Norhafizah Melijat. (t.t). Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor http://eprints.utm.my/id/eprint/11476/1/Penggunaan_Pusat_Sumber_Sekolah.pdf 

Abdullah, I. (2004). Pembelajaran berpusatkan pelajar dan kaitannya dengan pembangunan diri dan peluang pekerjaan. Proceedings of the Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan. Langkawi, Malaysia.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77- 88. http://journalarticle.ukm.my/11357/1/152- 296-1-SM.pdf

Azman Larut. (2005). Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.https://books.google.com/books?hl=en&lr=&id=HRau3CLIKa4C&oi=fnd&        pg=PR13&dq=Panduan+Mengurus+Pusat+Sumber+Sekolah&ots=ydNQvjAfvK&sig=4        KxQWLF_mBVcCf5A2OHTBWsFA1g 


PAUTAN BLOG AHLI KUMPULAN BAGI TAJUK PENGURUSAN SUMBER:

Comments

Popular posts from this blog

SENARAI PAUTAN TAJUK-TAJUK